fbpx
featured image sizing

Hutan Hujan Tropika Tertua Dunia Di Rompin Dibuka Selepas 4 Tahun

Taman Negeri Rompin, Pahang yang merupakan antara hutan hujan tropika tertua di dunia ‘kembali’ menerima pelancong dan ‘kaki nature’ pada 1 Oktober 2020 ini selepas ditutup sejak empat tahun lalu bagi tujuan menaik taraf.

Penutupan taman negeri yang terletak kira-kira 35 kilometer dari bandar Rompin sebelum ini adalah bagi kerja menaik taraf dan pembinaan infrastruktur yang menelan belanja sebanyak RM15 juta, seperti jambatan gantung, menara tinjau, dewan serba guna dan bilik makmal penyelidikan.

PREMIUM

Dikhabarkan selain menaik taraf infrastruktur, mereka juga telah membina log cabin chalet dan juga chalet atas pokok.

GAMBAR: LIBUR
GAMBAR: LIBUR
GAMBAR: LIBUR

Taman Negeri Rompin yang sebelum ini dikenali sebagai Taman Negeri Endau Rompin, diwujudkan pada 7 Dis 2000 dan dianggarkan berusia lebih 130 juta tahun serta mempunyai hutan yang dikelaskan sebagai hutan tropika tanah pamah malar hijau.

Taman negeri ini bukan hanya terkenal sebagai destinasi ekopelancongan dalam kalangan rakyat tempatan, malah turut popular dalam kalangan pelancong asing kerana ciri hutannya yang menarik dari segi flora dan fauna, geologi dan sejarah.

SPONSORED

Bagi memelihara kelestarian taman negeri itu, Jabatan Perhutanan Pahang dan operator dilantik, Endau Rompin Park Resort Sdn Bhd bersetuju untuk melaksanakan polisi ‘Tiada Beg Plastik’ di taman tersebut.

GAMBAR: LIBUR
GAMBAR: LIBUR
GAMBAR: LIBUR

Pembukaan semula Taman Negeri Rompin diharapkan dapat meningkatkan aktiviti ekopelancongan di sini, seterusnya mewujudkan peluang pekerjaan dan pendapatan kepada penduduk setempat, seperti sektor inap desa, makanan tradisional, penghasilan kraftangan dan pemandu pelancong.

via: Libur

Lihat senarai 4 air terjun paling cantik di Pahang yang memang sesuai untuk anda yang impikan eksplorasi

SPONSORED

Baca juga: Ini Adalah Senarai 4 Air Terjun Yang Paling Cantik Di Pahang

Related Posts