fbpx

Hidangan Unik Kopi Dalam Cawan Terbalik Kafe Ini Di Kuantan


Kafe yang dibuka pada tahun lepas dan mempunyai pelbagai jenis makanan untuk pelanggan mereka. Pada awalnya, pemilik kedai ini, Leanna ingin buka kafe kecil-kecilan sahaja namun kemudiannya menyewa sebuah kedai lama yang agak besar.

Nama asal bagi pemilik premis ini datang daripada dirinya yang sukakan teh dan suaminya yang suka kopi dan dari situ terciptalah Kopi & Teh.

Inspirasi untuk menu dan kopi terbalik ni datang daripada pengalaman mereka yang selalu travel ke negara lain.

GAMBAR: KOPI & TEH
GAMBAR: KOPI & TEH

Ini kerana pekerjaan mereka sebelum ini adalah jurufoto dan idea untuk kopi terbalik ni pula datangnya dari Aceh, Indonesia. Kopi terbalik lebih dikenali sebagai Kopi Khop di sana.

Cara nak minum mudah je. Letak sahaja straw di bahagian bawah piring dan hirup kopi tersebut. Selain daripada kopi terbalik, kafe ini juga dikenali dengan Nasi Geprek Ayam Crispy mereka.

Sama seperti menu tadi, ia mengambil inspirasi dari negara jiran kita. Bukan itu sahaja, banyak lagi makanan lain yang anda boleh nikmati di sini. Selain tu, ada juga pelbagai jenis kek yang sangat sedap untuk dimakan.

GAMBAR: KOPI & TEH
GAMBAR: KOPI & TEH

via: Rileklah


Lawat 7 kedai kopi kopi yang anda boleh datang untuk nikmati kopi yang padu dengan suasana tenang

Baca juga: 7 Kedai Kopi Di Kuantan Yang Tenang Untuk Anda Lepak Hujung Minggu

Kongsi Artikel Ini

Benda baik kita kongsi

TERKINI

Utama
Akaun
Notifikasi
Koin