fbpx

Hantar Surat, Posmen Ini Terpaksa Redah Hutan Kuala Rompin Sejauh 20 Kilometer


Pengorbanan yang dicurah Salmid Kerengga, 42, yang bertugas sebagai Posmen Kejiranan begitu mencabar apabila terpaksa masuk ke hutan sejauh 20 kilometer untuk menghantar surat.

Dia yang berketurunan orang asli suku kaum Jakun berkata, walaupun sukar namun tanggungjawab yang diberikan oleh Pos Malaysia kepadanya sejak lima tahun lalu tetap dilakukan tanpa rasa jemu.


Katanya, perjalanan jauh dalam hutan menggunakan jalan batu begitu sinonim dengannya, motosikal yang bersih bertukar kotor dengan debu merah menjadi perkara biasa.


Setiap minggu dia ke Pejabat Pos Muadzam Shah yang terletak kira-kira 30 kilometer daripada rumahnya di Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kedaik bagi mengambil antara 80 hingga 90 pelbagai jenis surat termasuk barangan yang dikirim menggunakan perkhidmatan Pos Laju.

Salmid berkata, sebagai Posmen Kejiranan di RPS Kedaik yang menempatkan lebih 200 orang asli dia berbangga apabila dapat menyerahkan surat tawaran kepada remaja orang asli yang berjaya melangkah ke menara gading.

Sebagai bakti kepada masyarakat orang asli di kawasan pendalaman dia secara suka rela turut menghantar surat milik penduduk beberapa kampung kecil jauh di dalam hutan antara Kampung Kedaik Asal dan Kampung Seri Rantau yang memerlukan perjalanan kira-kira 20 kilometer dalam hutan.

“Sempena Hari Pos Sedunia semalam saya berbangga apabila menjadi orang asli tunggal bertugas sebaga Posmen Kejiranan di Pahang,” kata bapa kepada tiga cahaya mata itu.


Di Pahang terdapat seramai 12 Posmen Kejiranan membabitkan masing-masing satu di Rompin, Lipis dan Chenor. Dua di Kuala Krau dan Muadzam Shah serta lima di Jerantut.

SumberWacana

Langganan Percuma

Langgan saluran kuantanloka™ di Telegram untuk dapatkan informasi dan berita terkini terus ke telefon pintar anda.

Terkini:

Baca Juga:

Utama
Akaun
Notifikasi
Koin