Tahukah anda, petunjuk geografi merupakan pengiktirafan dan perlindungan ke atas sesuatu produk?
Ini kerana produk tersebut mempunyai kualiti tersendiri yang boleh dikaitkan dengan tempat pengeluaran asal geografi serta faktor persekitaran dan kaedah produk tersebut dihasilkan.
Ciri-ciri menarik inilah telah menjadikan Halia Bentong sebagai petunjuk geografi Malaysia! Agak-agak apa beza Halia Bentong dengan halia-halia yang lain?


Halia Bentong memerlukan keadaan tanah yang subur serta cuaca sejuk. Sesuai ditanam ketika musim permulaan hujan. Ia mempunyai rizom yang besar dan berisi bendalir.
Halia ini sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah termasuk tanah gambut. Asalkan tanah tersebut mempunyai saliran baik serta gembur agar tidak menyekat pertumbuhan rizom.


Selain itu, ia memerlukan penjagaan rapi seperti merumput dan menyiram setiap hari di samping memerlukan baja yang bersesuaian.
Halia Bentong juga mempunyai serabut yang halus, tinggi kandungan serat dan air, mudah dipotong dan isi berwarna kuning cerah.