fbpx
- Sponsor -

Gua Batu Kapur Di Kuala Lipis Ini Mempunyai Sejarah Yang Unik

Gua bama, terletak di sebelah Timur Kampung Relong dan mempunyai kira-kira 800 kaki dari aras laut. Gua batu kapur ini mempunyai luas sebanyak 20 ekar. Di sini terdapat dua buah bukit iaitu Bukit Jantan dan juga Bukit Betina.

Gua Bama ini mempunyai lagendanya yang tersendiri. Dikatakan bahawa ia merupakan sebuah kawasan perkampungan yang disumpah oleh Sang Kelembai.

Menurut masyarakat tempatan, orang-orang pada zaman Rentu menceritakan bahawa Sang Kelembai ‘menegur’ sebuah majlis perkahwinan lantas menyebabkan keseluruhan kawasan itu menjadi batu.

sumber gambar: mapio
- Sponsor-

Antara bukti bahawa berlangsungnya majlis perkahwinan pada masa itu adalah dengan penemuan batu-batu menyerupai orang bersanding, gong, katil termasuklah bantal.

Dikatakan bahawa dahulu juga terdapat penempatan di sini. Ia didiami diantara 200-300 orang secara berkumpulan yang diketuai oleh Malik, dipercayai berasal daripada Indonesia.

Menariknya, anda boleh melihat secara menyeluruh pemandangan di kawasan sekitar apabila anda berada di puncak bukit batu kapur ini.

- Sponsor -

Ikuti kami di Telegram dan Instagram @kuantanloka untuk dapatkan informasi terkini lebih cepat!