fbpx
- Sponsor -

Penginapan Di Atas Pokok, Bentong Menyediakan Sebuah Tempat Unik Kepada Pelancong

Jika anda sudah bosan dengan suasana percutian di hotel-hotel mahupun khemah, Gibbon Retreat di Bentong ini menyediakan sebuah tempat penginapan yang pasti akan membuatkan anda tidak mempercayai akan kejadiannya.

Di sini, bilik penginapan termasuk tempat bersantai dibina di atas pokok! Unik bukan? Anda dapat melihat kawasan percutian dari tempat yang tinggi dan ia merupakan sebuah pengalaman yang sangat menakjubkan.

Cuba anda fikirkan, bagaimana pokok-pokok yang ada mampu menampung berat hasil binaan termasuk kuantiti pelancong yang ada. Memang tidak logik namun itulah salah satu keistimewaan yang ada di sini.

- Sponsor-

Percutian anda akan jadi lebih seronok oleh kerana di sini juga disediakan aktiviti seperti night walk dan juga hiking. Dan anda perlu tahu, walaupun tempat penginapan ini berunsurkan di atas pokok sepenuhnya, Gibbon Retreat juga menyediakan kolam di atas tanah.

Bagaimana? Anda perlu mencuba untuk merasai sendiri suasana percutian menarik ini supaya anda tidak tertanya-tanya akan keterujaan yang sudah dirasai oleh para pengunjung lainnya.

- Sponsor -

Ikuti kami di Telegram dan Instagram @kuantanloka untuk dapatkan informasi terkini lebih cepat!