fbpx

Gerai Di Bukit Setongkol Ini Jual ‘Seekor’ Ayam Goreng Crispy


Bab makanan, kalau tak meriah bukan Kuantan namanya. Kuantan sangat pantang kalau ada makanan yang tak power!

Sesiapa saja yang sedang berada di Kuantan, tapi dah jemu asyik menu ayam golek buat berbuka, anda kena cuba ayam ini pula. Ayam goreng crispy ‘Seekor’. Ya betul, seekor ayam yang digoreng ranggup!

Ini dah level ayam goreng Kentucky, tapi tak mainlah potong-potong baru goreng. Yang ini digoreng seekor terus. Boleh potong sendiri nak saiz besar mana.


Harga seekor ayam yang digoreng ranggup ini pula cuma RM12.00. Untuk pilihan lain, antara menu yang ditawarkan ialah ayam goreng crispy dengan harga RM1.00 seketul. Bolehlah pilih nak seekor atau seketul.

Menu ini boleh dimakan bersama sos keju untuk nikmati kesedapan kombinasi ayam goreng dengan rasa lebih enak. Selain ayam goreng, anda boleh cuba menu air soya yang dibuat fresh setiap hari.

Berlokasi di Bukit Setongkol, Kuantan, anda boleh lihat lebih banyak menu makanan yang ada di gerai ini melalui perkongsian video live oleh Bizzakat di bawah.

Oh ya, untuk pengetahuan anda ini juga antara usahawan asnaf yang dibantu oleh Pusat Kutipan Zakat negeri Pahang.


Anda boleh buat lebih banyak carian mengenai pelbagai servis dan tempat makan di Kuantan termasuk carian usahawan asnaf di portal bizzakat.my

Kongsi Artikel Ini

Benda baik kita kongsi

Sokong kuantanloka™

Sokong konten lokal. Sokong penerbitan kandungan kami dengan melanggan keahlian kuantanloka™. Dapatkan t-shirt eksklusif, stickers dan kad keahlian anda sekarang.

TERKINI

Utama
Akaun
Notifikasi
Koin