fbpx
featured image sizing

Geng Basikal Klasik Sambut Merdeka Dengan Berkayuh Pusing Bandar Kuantan

Ketika ada yang sedang berhimpun di dalam stadium tertutup SUKPA sempena sambutan hari kebangsaan di Kuantan. Kumpulan berbasikal dengan mengayakan pakaian dan basikal klasik ini tidak ketinggalan dalam memeriahkan sambutan di bandar Kuantan.

Tiada perhimpunan ataupun perarakkan diadakan sempena sambutan kali ini kerana untuk mencegah penularan COVID-19.

PREMIUM

Walaupun mereka mengayuh basikal di kawasan tumpuan awam, SOP tetap dijaga untuk memastikan keselamatan.

GAMBAR: MAN KAYAN
GAMBAR: MAN KAYAN

Kira-kira 30 peserta yang terlibat dari Basikal Klasik Pahang mengambil inisiatif sendiri untuk mengayuh basikal mengelilingi bandar Kuantan bermula seawal pagi lagi.

Walaupun dalam suasana PKP, mereka kelihatan bersemangat menyambut hari kebangsaan. Setiap tahun mereka sentiasa mengambil bahagian menyertai perbarisan hari kebangsaan.

SPONSORED

Mereka juga dilihat sangat berbangga dengan pakaian yang digayakan sambil menaiki basikal klasik ini. Dengan peserta paling tua yang berusia 65 tahun, sememangnya semangat ini harus diteruskan oleh generasi muda.

GAMBAR: MAN KAYAN
GAMBAR: MAN KAYAN

Anda juga mungkin berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sambutan hari kebangsaan yang pertama diadakan di Pahang.

Baca juga: Lihat Rakaman Sambutan Hari Kebangsaan Pertama Di Negeri Pahang Pada Tahun 1957

Related Posts