fbpx

FAMA Bersama MBK Kolaborasi Wujudkan Pasar Tani Pintar

- Sponsor -

Dalam menarik lebih ramai pengguna berkunjung ke pasar tani, sebuah kolaborasi antara FAMA Negeri Pahang dan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) telah diadakan. Kebersihan dan keindahan dipilih menjadi faktor teras kepada kempen Pasar Tani Lestari dan Pintar disamping penggunaan sistem pembayaran tanpa tunai.

Menurut Pengerusi FAMA, YB. Dato’ Hj. Mohd Fasiah bin Hj. Mohd Fakeh, kempen bersama yang dijalankan ini adalah satu lagi usaha yang terbaik kedua belah pihak dalam memastikan setiap program yang dijalankan sentiasa mengambil kira kelestarian alam sekitar.

Beliau menyatakan program ini seharusnya dilaksanakan ke seluruh pasar tani di Malaysia. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Datuk Bandar Kuantan, YH. Dato’ Hamdan Husin kerana memilih pasar tani sebagai tempat berkempen yang sangat disambut baik oleh pihak FAMA.

Sumber: Facebook.com/FAMANegeriPahang
- Sponsor-

Dalam menyokong mengekang jangkitan Covid-19, konsep pasar tani pintar ini bakal memperkenalkan sistem pembayaran tanpa tunai yang dapat mengurangkan aktiviti sentuhan serta mengelakkan kehilangan tunai jika dibawa banyak untuk berbelanja.

Penggunaan aplikasi seperti Agrobazaar Online, e-Wallet, Food Panda dan Grab Food pada masa yang sama dapat membantu para peniaga meluaskan pasaran menerusi gerbang digital diikuti pemasaran secara atas talian.

Sumber: My.WorldOrgs.com
Sumber: My.WorldOrgs.com

YB. Dato’ Hj. Fasiah sangat berpuashati dengan pencapaian pengurusan Pasar Tani UTC Kuantan yang bersih dan dihadiri ramai pengunjung ketika lawatan ringkas beliau mengedarkan sampel plastik pembungkusan biodegradasi untuk kegunaan peniaga.

- Sponsor -
- Sponsor -