Yang pernah bergelar pengantin, anda pasti tahu FahadaIsmail Bridal House atau dikenali Malaque Bridal House. Penyedia servis pengantin yang personal dan eksklusif di Kuantan dan kemaman.
FahadaIsmail Bridal House menawarkan pakej persiapan kahwin lengkap dari set pelamin, andaman, pakaian sehingga hiasan keseluruhan majlis perkahwinan.
Namun begitu tak hanya di Kuantan dan Kemaman sahaja, Fahada Ismail turut menerima tempahan di kawasan berdekatan contohnya di Pekan dan Maran.
Pakej bagi pembuatan pelamin ia bermula dari harga serendah RM599 sahaja. Yang menariknya, setiap reka bentuk ditawarkan adalah limited dan eksklusif yang pasti membuatkan anda rasa istimewa!
FahadaIsmail Bridal House bermula sejak tahun 2017. Jika anda melihat laman Instagramnya, sudah banyak hasil tangan beliau dicurahkan kepada ribuan pasangan Raja Sehari. Semuanya tampak indah belaka.
Apa yang menjadikan FahadaIsmail Bridal House ini unik jika hendak dibandingkan butik pengantin lain adalah mereka berusaha semampu boleh mencipta momen hari perkahwinan yang indah.
Kelainan yang ditawarkan oleh beliau ialah penggunaan reka bentuk berlainan yang tidak sama bagi setiap pelamin.



Walaupun sudah terdapat contoh yang disediakan, beliau akan menggubahnya dengan cara yang tersendiri kerana bagi Puan Fahada, setiap pengantin harus mempunyai satu reka bentuk pelamin ‘teristimewa’ dan tidak boleh sama dengan reka bentuk pasangan yang sebelumnya.
Apa yang lebih mengujakan adalah penggunaan hiasan permaidani kaca, hasilnya akan tercipta satu kesan pantulan khas yang cantik sekali. Lawa dipandang, suasana majlis kahwin pun nampak lebih berseri.
Menurut Puan Fahada , reka bentuk dan segala urusan akan dilakukan beliau sendiri. Ia menjanjikan setiap hasil rekaan serta hiasan adalah yang terbaik buat pasangan Raja Sehari.

Buat bakal pengantin yang impikan sebuah majlis perkahwinan meriah dan bahagia, FahadaIsmail Bridal House ini adalah pilihan penyediaan perkahwinan yang tidak mengecewakan.
Cipta momen terindah di hari bahagia anda bersama FahadaIsmail Bridal House, anda boleh lihat galeri mereka di laman Instagram dan Facebook FahadaIsmail Bridal House.
Maklumat lanjut untuk tempahan dan pertanyaan boleh hubungi mereka di talian 013-8037-106.