fbpx

ESCAPE, Taman Tema Di Cameron Highlands Bertaraf Antarabangsa Bakal Dibuka 2023


Tular awal bulan lepas mengenai sebuah projek taman teman yang bakal dibina di Cameron Highlands. Buat anda yang tercicir, tidak lama lagi Cameron Highlands bakal memiliki taman tema berkonsepkan eropah yang bertaraf antarabangsa.

Cadangan dan idea baru mengenai konsep rekaan dan betuk telah didedahkan kepada umum. Ia akan menjadi salah satu destinasi pelancongan bertaraf dunia serta turut menghidupkan semula industri pelancongan.

Taman tema tersebut ialah ESCAPE Cameron Highland. Menariknya, ia adalah seratus peratus dari Malaysia dan diilhamkan oleh syarikat Sim Leisure Group yang telah membina beberapa taman terbaik di seluruh dunia.


Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri, projek ini bakal memperkenalkan jenama bertaraf dunia dan boleh menjadi titik permulaan kepada kebangkitan semula industri pelancongan bertaraf domestik yang kini terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.

Pembukaan taman ESCAPE ini juga katanya selara dengan agenda untuk meransang ekopelancongan Malaysia yang akan berperanan sebagai pemangkin dari segi pelaburan pelancongan baharu sambil menanam minat serta menyuntik semangat baharu terhadap sektor ekopelancongan.

Pembinaan ESCAPE Cameron Highlands ini bakal melalui empat fasa. Fasa pertama dijangka memulakan pembinaan pada Disember 2021 dan memakan masa 18 bulan sebelum siap pada pertengahan tahun 2023.

Apa pendapat anda?

Kongsi Artikel Ini

Benda baik kita kongsi

Sokong kuantanloka™

Sokong konten lokal. Sokong penerbitan kandungan kami dengan melanggan keahlian kuantanloka™. Dapatkan t-shirt eksklusif, stickers dan kad keahlian anda sekarang.

TERKINI

Utama
Akaun
Notifikasi
Koin