fbpx
featured image sizing

Ekspedisi Mendaki Ke Tingkat 21 Air Terjun Jerangkang Lihat Kolam Infiniti

Air Terjun Jerangkang adalah sebuah pusat rekreasi bagi mereka yang ingin merasi pengalaman alam semulajadi secara santai ataupun ekstrem.

Ia cukup tersohor dalam kalangan ‘pemburu’ air terjun apabila mendapat pelbagai jolokan antaranya ‘Hilton,’ ‘Infinity pool’ dan ‘Shang Ri La’ kerana menyajikan pemandangan air terjun bertingkat selain kolam biru kehijauan.

PREMIUM

Team Ghodong Bushcraft yang sentiasa aktif dalam aktiviti berkhemah bergerak dari tapak khemah seawal 7.30 pagi. Perjalanan dari bawah ke atas sejauh 2.5KM, dan mengambil masa lebih kurang 1 Jam 30 Minit, tapi bergantung kepada kelajuan pendaki itu sendiri jika anda rasa nak naik ke atas.

GAMBAR: MUHD ASYMAWI
GAMBAR: MUHD ASYMAWI
GAMBAR: MUHD ASYMAWI

Mereka perlu mengharungi kawasan hutan, batu-batu sungai yang licin, dan ada sedikit pokok-pokok yang tumbang menyukarkan aktiviti pendakian.

Di sini, pemilihan kasut untuk mendaki sangat penting, kerana anda perlu menggunakan kasut yang sesuai dan jika tidak ia mudah tergelincir di batu tepi sungai atau kayu-kayu yang licin.

SPONSORED

Walaupun agak sukar sedikit, tapi bila anda dah sampai kata atas, amat-amat berbaloi dan puas hati. Tapi yang paling penting kena utamakan keselamatan diri jika mendaki ke atas agar tidak berlaku perkara buruk dan paling penting jagalah kebersihan alam kita agar dapat dinikmati bersama-sama.

via: Facebook Muhd Asymawi

Sebuah permata air terjun tersimpan di Bentong, Air Terjun Lata Hammer yang mesti anda kunjungi.

Baca juga: Lata Hammer Antara Destinasi Unik Dan Cantik Di Bentong

Related Posts