fbpx

‘E-Learning Center’ Di Taman Guru Memberi Kesan Positif Kepada Para Remaja


Bagi institusi pengajian mahupun remaja yang gemar dalam melakukan aktiviti kemasyarakatan bagi mengisi masa lapang dan mengenali masyarakat di sekitar Pahang pastinya sudah masak dengan cogan kata ‘Hidup Biar Berjasa!’

Ikatan Pelajar Islam Pahang, merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan di bawah naungan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang memfokuskan tentang dakwah, kebajikan dan juga sosial dalam kalangan masyarakat setempat.


Untuk pengetahuan, persatuan ini telah menjayakan sebuah projek iaitu E-Learning Center bagi membantu pelajar sekolah dan juga mahasiswa yang memerlukan, bertujuan untuk memudahkan mereka dalam menghadapi kesan pandemik iaitu, pembelajaran secara atas talian.


Idea ini tercetus apabila meningkatnya keperluan belajar secara atas talian ini, yang tidak kesemuanya mampu dari segi internet mahupun kemudahan yang lainnya seperti telefon bimbit dan juga komputer riba.

Selain daripada E-Learning Center, Ikatan Pelajar Islam Pahang juga dikenali melalui penglibatan dalam program-program motivasi yang sering diadakan di sekolah-sekolah mahupun institusi pengajian.

Diharapkan walaupun kini kita sudah berada di fasa pembukaan sekolah, projek ini masih kekal berjalan bagi kemudahan masyarakat setempat di masa hadapan. Bagi mereka yang masih belum mengetahui, E-Learning Center ini bertempat di Youth Empowerment Studio, Taman Guru.

Langganan Percuma

Langgan saluran kuantanloka™ di Telegram untuk dapatkan informasi dan berita terkini terus ke telefon pintar anda.

Terkini:

Baca Juga:

Utama
Akaun
Notifikasi
Koin