fbpx
photo_2020-07-22_14-00-48

Ini Komen Kami Selepas Cuba Donat Dan Kopi Perisa Durian Di SEDO

Sekilau Donut yang sememangnya terkenal dikalangan peminat donut gebu di Kuantan yang menawarkan donut lokal yang power. Mengeluarkan donut dan air kopi perisa durian membawa kelainan kepada pelanggan

Kami yang sempat menjadi pelanggan pertama menikmati set kombo ini merasakan ia adalah satu kelainan yang tidak akan anda jumpa di mana-mana outlet lain.

Rasa donut yang empuk ditambahkan lagi dengan perisa durian asli gred D24 sebenar, peminat durian wajib cuba donut baru keluaran SEDO ini. Membawakan citarasa buahan tempatan, rasa durian itu memang bukan daripada perisa tiruan.

Bercerita tentang kopi yang kami cuba semalam, boleh katakan ini adalah yang pertama dibuat dengan unik kerana rasa kopinya tidak bercampur durian tetapi mempunyai keseimbangan rasa yang sama.

Menikmati set kombo dengan tawaran 2 biji donut + kopi perisa durian ini, mereka yang makan pasti merasa kenyang dan kelazatan perisa ini akan melekat dalam ingatan.

SPONSORED

Sekilau Bakery & Cafe (SEDO), berlokasi di No 43 Jalan Sekilau 1,Bukit Sekilau, 25200 Kuantan dan satu lagi cawangannya yang terletak di Sungai Karang berhampiran Hotel Swiss Garden Residence. Alamat lengkap, SK-05, Swiss Garden Resort, Kuantan-Kemanan 26100, Kuantan. Dibuka setiap hari dari jam 11.00 am hingga 6.00 pm.

Baca juga: Makan Kek Dengan Suasana Romantik Di LakuKEK Kuantan

Related Posts