fbpx
featured image sizing

Disebalik Nama Kampung New Zealand, Maran Yang Tidak Bersalji Tetapi Unik

Jika anda berhajat untuk melancong ke New Zealand tetapi tidak kesampaian untuk ke sana, datanglah ke Maran. Walaupun bukan negara beriklim sejuk itu yang sebenar, sekurang-kurangnya ada persamaan dari segi nama . Felda Kampung New Zealand.

Orang-orang luar Pahang yang pertama kali ke Maran tentu terkejut dengan kewujudan kampung negara Kiwi ini dan mungkin tertanya-tanya kenapa dinamakan New Zealand.

PREMIUM

Terletak 12 KM dari Maran menghala ke Kuantan. Perkampungan ini sewaktu dijadikan tanah rancangan ( FELDA ), mendapat bantuan dari kerajaan New Zealand.

GAMBAR: NIGHT GUGLE
GAMBAR: NIGHT GUGLE

Sumbangan pembukaan tanah rancangan disalurkan melalui kedutaan New Zealand di Kuala Lumpur. Atas dasar sumbangan dan bantuan inilah perkampungan ini dinamakan Kampung New Zealand.

Namun, ada satu versi cerita lain yang mengatakan perkampungan ini dibuka oleh orang asli Maori yang berasal dari New Zealand. Di antara dua versi cerita lisan ini, paling banyak didengari adalah versi pertama. Kalau benar versi kedua, pastinya ada keturunan Maori di kampung ini.

SPONSORED

Felda ini sama seperti tanah-tanah rancangan lain. Suasana perkampungan “standard” seperti tanah-tanah felda lain juga. Tidak ada sebarang keistimewaan atau keunikan lain kecuali namanya sahaja.

GAMBAR: NIGHT GUGLE
GAMBAR: NIGHT GUGLE

Namun penduduk sekitar tetap bangga dan menghias Kampung New Zealand dengan tema All Black, pasukan rugby New Zealand yang terkemuka.

Bagi penduduk Kampung New Zealand, mereka tentu bangga untuk mengatakan asal mereka dengan nama yang unik ini.

via: Maran Today

SPONSORED

Anda juga mungkin berminat untuk membaca lebih lanjut berkenaan sejarah Chenor yang dikatakan pernah didatangi Kerajaan Islam Acheh yang mengukir peristiwa

Baca juga: Makam Berukiran Kerajaan Islam Acheh Ditemukan Di Chenor Dipercayai Seorang Puteri

Related Posts