fbpx

Dinosour Dah Ada Di Zoo Teruntum, Boleh Jumpa Tak Lama Lagi


Mini Zoo Teruntum kini semakin dikenali oleh warga Pahang terutamanya, oleh kerana kerja keras Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) giat berusaha untuk menaik taraf keadaan zoo tersebut.

Bukan sahaja penambahan haiwan-haiwan seperti Shetland Pony dan juga Zebra, malahan terdapat juga rumah hobbit yang pastinya akan membuat para pengunjung terpesona akan keunikannya.


Kini, kerja-kerja pemasangan monumen dinosour sedang dalam proses dan dijangka siap tidak lama sahaja lagi. Terdapat pelbagai jenis habitat dinosour yang dibina di Mini Zoo Teruntum.


Walaupun ia hanyalah sebuah monumen, namun dengan monumen ini kita mampu untuk mengenalkan anak-anak kepada haiwan purba ini.

Setiap hasil seni dan titik peluh yang dicurahkan pada pembinaan dinosour ini diharapkan memberi kesan yang positif kepada pihak yang terlibat.

Apa yang anda tunggu lagi? Nanti bolehlah bawa seisi keluarga untuk melawat Mini Zoo Teruntum yang di jangka siap sepenuhnya pada awal tahun hadapan!

Langganan Percuma

Langgan saluran kuantanloka™ di Telegram untuk dapatkan informasi dan berita terkini terus ke telefon pintar anda.

Terkini:

Baca Juga:

Utama
Akaun
Notifikasi
Koin