fbpx
maxresdefault

Dialek Pahang Dalam Telefilem ‘Madu’ Bawa 1001 Tauladan Kehidupan Masyarakat

Baru-baru ini penerbitan RTM telah mengeluarkan sebuah telefilem rakyat yang dilakonkan dalam dialek Pahang berlokasi di Raub.

Sambutan menggalakkan diterima masyarakat bukan sahaja kerana ceritanya yang penuh dengan tauladan tetapi juga diselitkan karenah lucu dalam telefilem tersebut.

PREMIUM

Sedikit plot cerita ‘Madu’ mengisahkan tentang memiliki anak sendiri. Itulah yang diimpikan oleh pasangan suami isteri, Muslim (Taqim Zaki) dan Salwa (Noorkhiriah) setelah sembilan tahun berumahtangga.

GAMBAR: RTM

Apatahlagi melihat anak jiran yang jugak sahabat baik mereka, Mail (Amerul Affendi) dan Mastura (Eida Moin) yang semakin membesarkan.

Salwa melakukan ikhtiar ke pusat rawatan menemui doktor pakar tentang kesuburan suami isteri. Malangnya dia tidak mampu membayar ubat berharga ribuan ringgit. Salwa meminta Muslim mencarikannya ‘madu’.

SPONSORED

Muslim yang lurus bendul mengajak Mail mencari madu kelulut yang dipercayai dapat menyuburkan seseorang untuk mendapatkan anak.

GAMBAR: RTM

Mereka meminta bantuan Lan Laga (Han Zalini) dan Akob Balun (Azroy Khairuddin) dalam misi mereka mendapatkan madu tualang yang menurut Lan Laga lebih berkesan daripada madu kelulut.

Kisah seperti ini membangkitkan identiti Pahang sebagai satu negeri yang unik memiliki dialek tersendiri dan hidup yang harmoni.

via: RTM

SPONSORED

Kenali legenda penyanyi lagu rakyat Pahang yang cukup terkenal dengan alunan lagunya

Baca juga: Roslan Madun, Pelantun Lagu Rakyat Pahang Yang Semakin Dilupakan

Related Posts