fbpx
featured image sizing

Di Sebalik Jata Negeri Pahang Yang Menjadi Lambang Kebanggaan

Selepas bendera, jata negeri Pahang adalah salah satu daripada lambang kebangaan dan kedaulatan negeri Darul Makmur. Digunakan dalam institusi diRaja mahupun kerajaan negeri sendiri. Mari kita lihat maksud di sebaliknya.

Jata negeri Pahang terdiri daripada gabungan cogan, gading bersilang, cogan kata ‘Ya Latiff’ dan skrol tertulis nama Negeri Pahang.

PREMIUM

Mata cogan yang berbentuk daun kopi adalah simbolik kepada peristiwa kejayaan sewaktu menyusun perancangan untuk mengambil alih pemerintahan Kerajaan Pahang oleh Wan Ahmad (Sultan Ahmad) yang ketika itu dihidangkan air kopi.

GAMBAR: DIRAJA PAHANG

Gading gajah yang bersilang melambangkan kegagahan dan keperwiraan negeri ini. Gading gajah juga melambangkan istiadat. Memberi erti negeri yang mempunyai adat istiadat sempena gajah yang pada zaman dahulu digunakan sebagai kenderaan dalam istiadat Diraja.

Huruf jawi yang mengapit cogan tersebut adalah perkataan ‘Ya Latiff’ yang bermaksud ‘Allah Yang Maha Lembut’ ini merujuk kepada pemerintahan Sultan yang berpaksikan kepada Agama Islam.

SPONSORED

via: DiRajaPahang

Anda juga mungkin berminat untuk membaca lebih lanjut mengenai koleksi setem yang dikeluarkan untuk Al-Marhum Sultan Abu Bakar

Baca juga: Lihat Koleksi Setem Al-Marhum Sultan Abu Bakar Yang Bernilai Tinggi

Related Posts