fbpx
bunga-refflesia

Di Pahang, Anda Boleh Jumpa Spesies Bunga Terbesar Di Dunia

Satu lagi sebab kenapa Pahang destinasi percutian yang cool buat anda!

Sebelum ini negeri Sabah terkenal kerana memiliki spesies bunga terbesar di dunia iaitu Rafflesia yang menjadi salah satu faktor tarikan pelancongan menarik di Sabah.

PREMIUM

Dan untuk pengetahuan anda, Bunga Rafflesia atau juga dipanggil bunga Pakma ini juga boleh ditemui di negeri Pahang. Pada tahun 2009, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang pernah menerbitkan artikel berkenaan penemuan bunga ini yang mana ia diisytihar dijumpai di kawasan Hutan Lipur Lata Jarum, Raub Pahang.

Bunga–bunga pakma di kawasan ini dapat dijumpai secara berkelompok yang mana ianya hidup diatas batang akar perumahnya iaitu Tetrastigma tuberculatum.

Bagi memelihara dan memulihara habitat dan populasi bunga pakma ini, pihak Jabatan telah melakukan pemantauan dan penyelenggaraan terhadap kawasan ini secara berkala.

SPONSORED

Terkini, sempena tahun melawat Malaysia 2020, Kerajaan Pahang memperkenalkan destinasi Hutan Lupur Lata Jarum di Raub ini sebagai salah satu destinasi pelancongan menarik di negeri ini dengan menawarkan pelancongan pengalaman melihat sendiri spesies bunga terbesar di dunia ini.

Untuk ke sini, anda boleh dapatkan maklumat lebih lengkap melalui info yang dipaparkan di laman web Jabatan Perhutanan Malaysia.

Related Posts