fbpx
destinasi di pahang

5 Destinasi Percutian Di Pahang Yang Hebat Setanding Negara Luar

Bermula hari ini, rakyat Malaysia telah dibenarkan merentas negeri dan melancong. Kami tahu saat ini adalah detik-detik yang amat ditunggu oleh ramai orang. Jadi tidak hairanlah kenapa hotel di Pahang mencapai 3000 tempahan hanya dalam beberapa jam.

Mungkin tahun ini ramai traveller yang terpaksa membatalkan perjalanan mereka ke luar negara. Ada yang dah tempah tiket flight siap penginapan lagi. Semuanya hangus begitu sahaja, sedih bukan?

PREMIUM

Sebagai pengubat kesedihan anda, kami di KUANTANLOKA akan senaraikan 5 destinasi percutian di Pahang yang hebat tak terkalah seperti destinasi-destinasi percutian di luar negara. Dalam negara pun ada tempat power macam ni, buat apa pergi luar kan?

Jom tengok senarai ni:

kredit: lensa pekan

Sungai Hitam Pekan

Amerika Selatan ada Sungai Amzon, di Pahang pula ada Black Water Jewel atau Sungai Hitam. Lokasi di Pekan, Pahang. Menariknya, sungai ini memang berwarna hitam secara semulajadi oleh kerana terdapat bahan organik yang tinggi di dalamnya.

SPONSORED

Selain itu, sungai ini turut menjadi salah satu penempatan hutan paya gambut yang hanya boleh ditemui di hutan tropika Malaysia.

kredit: Syedhafeezyahya

Hutan Merah Jerantut

Hutan Merah Bukit Buluh atau Red Forest ini terletak di Jerantut, Pahang. Keunikan hutan yang dihuni oleh pokok-pokok berwarna merah semulajadi ini menjadikan ia sebagai hutan yang unik di dunia.

Red Forest amat popular dikalangan pendaki. Untuk melihat pokok-pokok berwarna merah di sini, anda perlu membuat perjalanan hutan dan perlu menempuh kawasan ladang kelapa sawit dahulu. Sedikit mencabar, namun sebaik sampai, melihat keunikan hutan ini pasti membuat anda terpegun.

Ladang Teh Tercantik Di Asia Tenggara

SPONSORED

Tak perlu jauh ke luar negara semata mahu melawat ladang Teh Boh yang tercantik di Asia Tenggara. Pasalnya, ladang Teh BOH yang tercantik di Asia Tenggara memang terletak di negara kita atau lebih tepat di Cameron Highland.

Ladang luas menghijau ini memang mengujakan pandangan, namun anda dinasihati agar bersedia terlebih dahulu kerana jalan di sini agak berliku dan sempit. Walau begitu, destinasi ini antara yang terbaik di Malaysia tersenarai oleh laman Lonely Planet.

Hutan Lumut

Pahang sememangnya kaya dengan keindahan alam semulajadi. Bukan setakat ada hutan merah sahaja, di Pahang juga terdapat hutan hijau yang hijau-nya sangat hijau (bukan mak kau hijau) atau super hijau!.

SPONSORED

Ia adalah Hutan Lumut atau dipanggil Mossy Foresst. Terletak di Cameron Highland, hutan cantik dipenuhi lumut luar biasa ini merupakan salah satu hutan tercantik di dunia. Memang amat cantik, namun anda diingatkan sentiasa berwaspada bahawa laluan disini sempit, berlubang dan mempunyai permukaan tanah sangat licin.

Tasik Biru

Jika di Indonesia ada Danau Koalin, tasik membiru yang indah, jangan lupa di Pahang juga terdapat tarikan hampir serupa di Bukit Ibam. Keindahan tasik biru di Bukit Ibam ini antara lokasi yang hits untuk anda melakukan aktiviti fotografi.

Walaupun sebenarnya tasik ini merupakan bekas perlombongan biji besi lama, namun keindahannya yang mempersonakan cukup gempak untuk menghiasi Instagram anda!

Boleh kata, Pahang cukup untuk membuatkan percutian anda awesome. Sungai hitam, tasik yang membiru, hutan merah atau hutan super hijau, semua destinasi-destinasi ini akan memberikan anda pengalaman bercuti yang indah. Tak perlu ke luar negara pun! Hanya di Pahang.

Related Posts