Berita baik untuk penggemar makanan berkeju di Kuantan. Sempena pembukaan cawangan Deli Cheese yang kedua di Kuantan pada 15 Julai ini, Deli Cheese nak beri 50 kotak set Chicken Cheese Melted percuma untuk warga Kuantan.

Untuk pengetahuan anda, Deli Cheese menawarkan pelbagai pilihan makanan seperti ayam goreng, burger, makaroni, kentang sehinggalah set nasi goreng. Yang istimewanya semua hidangan ini disertakan bersama limpahan keju yang berlambak.
Cawangan baru yang kedua Deli Cheese di Kuantan ini berlokasi di Giant Super Store, Jalan Tanah Putih. Tarikh rasmi pembukaan adalah pada 15 Julai 2020.
Orang Kuantan, jangan lepaskan peluang dapatkan Chicken Cheese Melted anda secara percuma nanti ya. Kalau dah tak sabar juga, anda boleh dapatkan lebih awal dengan membuat pesanan melalui aplikasi Hungry, Food Panda, Food Rider atau Food Valet.
Kita jumpa di sana.