delicheese

Deli Cheese, Tarikan Makanan Baru Di Kuantan Yang Anda Patut Cuba

Satu lagi tempat makan baru yang best di Kuantan wujud. Tak silap dalam dua minggu lepas di Twitter memang trending sungguh pasal tempat makan yang baru ni. Menariknya, dengan menu makanan yang dilimpahi keju ini boleh kami katakan ia adalah pada satu tahap yang next level.

Buat pengemmar makanan berkeju, anda pasti suka dan teruja untuk cuba. Percayalah!

Kedai yang kami maksudkan ini ialah Deli Cheese dan ia masih baru lagi beroperasi di Kuantan. Berlokasi di Terminal Sentral Kuantan, Deli Cheese menawarkan pelbagai hidangan seperti ayam goreng, set nasi goreng ayam, burger, kentang dan makaroni. Istimewanya, semua menu ini disertakan bersama limpahan keju yang belambak

Sedikit lewat dari ‘Rakyat Twitter’, semalam baru kami sempat terjah ke Deli Cheese. Tak silap di Deli Cheese ada lebih kurang 12 hidangan menu yang ditawarkan, namun kami hanya pilih untuk cuba 3 sahaja sebab takut tak habis makan.

SPONSORED

Menu yang kami cuba ialah Chicken Cheese MeltedDeli Chili Cheese Fries dan Burger Cheese Double Trouble.

Pertama sekali kami order Chicken Cheese Melted asbab tergoda sungguh dengan gambar pada menu, kecur air liur bila tengok. Chicken Cheese Melted ini adalah ayam goreng yang dilimpihi sos keju, ditambah keju mozarela yang mencair dan cili. Rasanya memang padu dan sedap, berbaloi untuk cuba sekiranya pertama kali datang.

Pernah makan kentang goreng dengan daging cincang? Kalau tak pernah anda memang patut try set Deli Chili Cheese Fries. Kombinasi kentang goreng dan daging cincang yang dihidangkan bersama keju serta cili ini memang unik. Tak pernah lagi kami cuba makanan sebegini.

SPONSORED

Difahamkan ini adalah resepi original dari Deli Cheese sendiri dan mungkin pertama di Kuantan yang menawarkan hidangan begini. Walaupun pertama kali cuba makan, rasanya langsung tak mengecewakan. Hasil undian bersama pasukan, kami putus untuk senaraikan Deli Chili Cheese Fries sebagai menu favorite KUANTANLOKA di Deli Cheese!

Dan terakhir sekali yang kami cuba adalah Burger Cheese Double Trouble. Tapi sebelum tu kami nak anda tahu burger di Deli Cheese ini bukan seperti burger tipikal yang berbentuk bulat. Kalau anda pernah makan Chicken Coney A&W, Burger ini seakan itulah, tapi yang membezakannya adalah pada rasa dan hidangan patty nya.

Patty padat diiringi kelembutan roti dan salad, sos keju ini jujurnya akan memberikan anda rasa yang sempurna sebaik masuk ke mulut. Paling penting bukan saja sedap tapi pasti akan buat anda kenyang! Kalau tengah lapar memang kami cadangkan anda untuk terus sahaja order Burger Cheese Double Trouble ini.

SPONSORED

Oh ya, untuk pengetahuan anda, semua menu yang terdapat di Deli Cheese ini juga boleh dipesan melalui Hungry, Food Panda, Food Rider dan Food Valet. Untuk pesanan secara walk-in, di sini juga dilengkapi dengan kemudahan pembayaran melalui e-wallet Touch N GoBoost, Maybank QR Pay atau Grab Pay.

Deli Cheese dibuka setiap hari dari jam 12 tengah hari sehingga 1 pagi bertempat di tingkat atas Terminal Sentral Kuantan. Untuk maklumat lanjut, anda boleh follow Deli Cheese di TwitterInstagram atau hubungi 013 462 4729.

Total
0
Shares
Related Posts