fbpx
deli cheese

Deli Cheese Buka Cawangan Baharu Yang Kedua Di Kuantan

Warga Kuantan pastinya sudah kenal dengan Deli Cheese, satu-satunya restoran makanan di Kuantan yang menawarkan pelbagai variasi menu makanan berkeju yang sedap.

Untuk pengetahuan anda, Deli Cheese sebelum ini beroperasi di Terminal Sentral Kuantan namun ditutup sementara bagi memberi laluan kepada kerja-kerja baik pulih yang dijalan di Terminal Sentral Kuantan.

PREMIUM

Apa pun orang Kuantan dan peminat tegar Deli Cheese tak perlu risau. 2 Hari lepas iaitu pada 15 Julai 2020 Deli Cheese dan buka satu lagi cawangan baharu di Kuantan berlokasi di Giant Super Store, Jalan Tanah Putih, Kuantan.

Permis baharu ini betul-betul berada di Food Court dalam Giant, masuk dalam Giant memang confirm jumpa. Anda yang terlepas tahu pasal Deli Cheese boleh rujuk semula pada artikel kami yang lepas.

BACA: Deli Cheese, Tarikan Makanan Baru Di Kuantan Yang Anda Patut Cuba

SPONSORED

Kalau di tanya, apa menu yang paling top untuk dicuba memang kami cadangkan Chiken Cheese Melted, hidangan ayam goreng panas bersama keju yang mencair tu memang pergh! Sedap betul.

Atau anda juga boleh cuba set Deli Cheese Jumbo mereka. Oh ya, satu lagi menu terbaru dari Deli Cheese yang anda ‘must try’ iaitu Homemade Spaghetti.

Selain menawarkan menu hidangan unik menepati citarasa, apa yang kami suka benar pasal Deli Cheese ini adalah kerana mereka memang betul-betul menjaga kualiti standard makanan yang dihidangkan.

Walaupun Deli Cheese ini perniagaan bumiputera lokal, namun standard dan kualiti yang ditawarkan tak kalah seperti jenama fast food popular lain.

SPONSORED

Ada juga boleh membuat pesanan makanan di Deli Cheese menerusi aplikasi penghantar makanan seperti Food Valet, Food Panda, Food Rider atau Hungry. Boleh juga whatsapp ke 0134624729.

Maklumat lanjut boleh follow Deli Cheese di Instagram dan Twitter.

Related Posts