fbpx

Curi Parcel Dalam Pagar, Kini Pemilik Motosikal CDK 6457 Sedang Dijejaki


Tular sebuah video semalam di group Facebook Warga Kuantan mengenai kes kecurian di kawasan perumahan Pandan Sejahtera, Kuantan.

Berdasarkan video yang dikongsikan, dilihat pencuri tersebut mengambil bungkusan parcel dalam kawasan pagar rumah mangsa. Lebih mencurigakan, pencuri seolah-olah sudah biasa membuat aktiviti jenayah tersebut.

Di bawah adalah tangkap layar dari video, bertarikh 11 September 2021 pada jam sekitar 3:07 petang semasa pihak kurier menghantar barang.


Manakala di bawah pula semasa waktu ketika pencuri mengambil bungkusan parcel iaitu sekitar jam 3:17 petang pada hari yang sama.

Perkongsian ini mendapat respon prihatan oleh warga Kuantan dan menasihatkan agar orang ramai lebih berhati-hati terutama kepada mereka yang suka membuat pembelian secara online.

Rasa-rasa apa ya dalam bungkusan tu? Teringin betul kami nak tahu!

Kongsi Artikel Ini

Benda baik kita kongsi

Sokong kuantanloka™

Sokong konten lokal. Sokong penerbitan kandungan kami dengan melanggan keahlian kuantanloka™. Dapatkan t-shirt eksklusif, stickers dan kad keahlian anda sekarang.

TERKINI

Utama
Akaun
Notifikasi
Koin