fbpx

Cuaca Hujan Kembali, Banjir Kilat Di Raub Melibatkan Batu Malim Dan Semantan

- Sponsor -

Susulan menerima maklumat berlakunya banjir di kawasan Batu Malim, pasukan bomba telah dikerahkan untuk melakukan pemantauan. Setakat ini terdapat 3 PPS telah dibuka.

PPS tersebut ialah di Masjid Jamek Kuala Semantan, Balai Raya Kg. Ulu Sungai dan Pusat Kegiatan Wanita Batu Malim. Mangsa yang terlibat datang dari 13 keluarga dengan keseluruhan mangsa seramai 42 orang.

Pemantauan ketika ini dijalankan secara berterusan di kawasan-kawasan yang berisiko oleh balai bomba terdekat. Cuaca di Kawasan Kampung Sengkela, Kuala Semantan dan Jeram Besu dilaporkan sedang mendung dan gelap.

Sumber: Facebook.com/BombaPahang
Sumber: Facebook.com/BombaPahang
Sumber: Facebook.com/BombaPahang
- Sponsor-

Penduduk di sekitar kawasan berhampiran diminta untuk sentiasa dalam keadaan waspada serta akur dengan arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa. Ini bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

- Sponsor -
- Sponsor -