fbpx

COVID-19 : Varian Beta Dan Delta Telah Menular Di Pahang


14 hari yang lepas, angka kes harian Covid-19 di Pahang telah menurun sehingga ke 50 kes. Malangnya, kes telah konsisten menaik sehingga 200 kes sehari semalam walaupun hari ini kes seharian hanya 95 kes sehari.

Menurut Jabatan Kesihatan Pahang, terdapat penularan Varian Delta dan Varian Beta di dalam kluster Rantau Kenanga yang menyebabkan lonjakan kes di Pahang meningkat.

Varian Delta B.1.617.2 yang mula tercetus di India dan menjadi dominan di UK, Sri Lanka, Bangladesh, Pakistan dan Indonesia.


Varian Delta boleh merebak 60% lebih cepat dan menyebabkan kematian. Berkemungkinan pemberian suntikan vaksin booster diperlukan untuk mengawal varian ini.

Varian Beta B.1.351 pula berasal dari Afrika Selatan dan dikesan melalui kes sporadik saringan kontak rapat. Apabila berlaku jangkitan, proses kawalan jangkitan akan lebih sukar dilaksanakan.

Sama-sama kita jaga diri kita supaya kita dapat mengurangkan kes jangkitan di Negeri Pahang.

Kongsi Artikel Ini

Benda baik kita kongsi

TERKINI

Utama
Akaun
Notifikasi
Koin