fbpx
coconutshake temerloh

Coconut Shake Dalam Sebiji Kelapa Di Temerloh Ini Memang ‘Kaw’ Sungguh

Baharu-baharu ini, kami ada buat short trip ke Temerloh. Memang real, sebenarnya di Temerloh ada banyak tempat-tempat best untuk percutian yang awesome di Pahang.

Hakikatnya, Temerloh bukan hanya terkenal sebagai bandar Ikan Patin semata. Sekarang ini sudah banyak tempat tarikan baharu yang wujud di Temerloh. Nak tahu lebih banyak, jangan lupa sertai kami di Telegram @kuantanloka dan dapatkan update terkini dari kami lebih pantas.

PREMIUM

Selalunya kalau sudah ke Temerloh, tidak sah jika anda tak memburu makanan bermenukan Ikan Patin Tempoyak. Bercuti ke Temerloh tanpa mencuba masakan Ikan Patin Tempoyak mungkin adalah satu percutian yang tidak sempurna.

Dan selain daripada itu, jika anda tidak tahu tentang satu lagi perkara ini mungkin juga boleh jadi sangat merugikan.

Coconut Shake ‘kelapa sebiji’ di My Favourite Coconut Shake Temerloh

Nyor Goncang a.k.a Coconut Shake!

SPONSORED

Berlokasi di hadapan pintu masuk TF Temerloh Mall, siapa sangka gerai kecil bewarna hijau My Favourite Coconut Shake ini mampu membuatkan tekak kami gembira menikmati hidangan air kelapa muda mereka.

Memang ‘kaw’ betul! Tambah pula diminum ketika cuaca panas begini. Rasa air kelapa muda yang fresh, sejuk dan lemak berkrim di My Favourite Coconut Shake sungguh mantap. Badan pun rasa segar semula.

Paling best, kami pesan menu ‘Coconut Shake Wakakaku‘. Air kelapa goncang yang dihidangkan dalam sebiji kelapa, tambah sedap disertakan ais krim dan kacang kisar. Kombinasi minuman yang sempurna di waktu panas. Dan harganya hanya RM5!

Coconut Shake Wakakaku

Bayangkan, dengan hanya RM5 anda dapat sebiji kelapa penuh isi yang didalamnya ada air kepala muda segar berserta ais krim dan kacang kisar. Kami cukup berpuas hati dengan kesedapan airnya, harga pun amat berbaloi.

SPONSORED

Jadi, sekiranya anda di Temerloh tapi terlepas untuk cuba Coconut Shake Wakakaku ini pasti amat rugi. Sedap dan puas hati.

Selain itu, menu Coconut Shake ‘Nyor Setambon‘ pun antara pilihan yang anda wajib cuba di My Coconut Shake. Rasa coconut shake dengan isi kelapa muda yang berlambak, dijamin boleh hilang dahaga dan mengenyangkan. Harga cuma RM6.

Untuk pengetahuan anda, My Favourite Coconut Shake bukan hanya menawarkan minuman berasaskan kelapa muda sahaja. Tapi di sini juga ada pelbagai lagi minuman berasaskan buah-buahan segar yang lain.

Antaranya adalah minuman Dragon Shake (Buah Naga), Apple Shake dan Banana Shake.

SPONSORED

Bagi minuman berasaskan kelapa muda pula terdapat dalam pelbagai variasi rasa yang unik seperti Coconut Shake Oreo, Strawberi, Koko Crunch, Green Tea, Corn Flakes, Chocolate.

Dragon Shake!

Oh ya, untuk minuman air kelapa muda sahaja turut didatangkan dengan pilihan unik iaitu air kelapa muda nangka, laici, longan, lemon, laici dan air kelapa jelly.

Harga air minuman kelapa muda segar di My Favourite Coconut Shake ini boleh didapati bermula RM3 sahaja.

Nanti, jika anda ke Temerloh jangan lupa cuba air kelapa muda yang sedap ni. Coconut Shake Wakakaku dan Coconut Shake Nyor Setambon tu menu paling wajib kena cuba!

Lokasi:
Temerloh Mall, C319 Jalan Tengku Ismail, 28000 Temerloh, Pahang
Hubungi: 013 529 7485

Like dan Follow KUANTANLOKA di Facebook serta Instagram untuk lebih banyak cerita menarik.

Related Posts