fbpx
- Sponsor -

Chenor Tengkujuh Ride Menyumbang Kepada Promosi Pelancongan

Chenor Tengkujuh Ride 2021 baru-baru ini menjadi satu lagi temasya dan acara sukan riadah berbasikal yang bukan sahaja menyumbang kepada aktiviti sihat dalam kalangan rakyat, tetapi turut mempromosikan pelancongan.

Acara berbasikal ini sebenarnya merupakan ‘program tertunda’ disebabkan banjir yang melanda negeri Pahang, di mana jadual asal sepatutnya diadakan pada Disember lalu.

Chenor Tengkujuh Ride kali ini telah dianjurkan oleh Penggerak Acara Padang Lalang (PAPL) bersama Majlis Daerah Maran (MDM) dan mendapat penajaan utama dari Tourism Malaysia Pahang serta ADUN Chenor sendiri.

- Sponsor-

Menurut ADUN Chenor, Ustaz Mujibur Rahman Ishak berkata, Chenor masih kekal mempunyai banyak kampung tradisional yang mempunyai nilai sejarah tersendiri untuk dilawati. Maka, program sebegini membantu menyemarakkan lagi usaha mempromosikan Chenor sebagai sebuah destinasi pelancongan.

Sumber: Facebook.com/ChenorKitaWeh
Sumber: Facebook.com/ChenorKitaWeh
Sumber: Facebook.com/ChenorKitaWeh

Pengarah Chenor Tengkujuh Ride 2021, Mohd Sabri Ishak memaklumkan, program berbasikal sejauh 64 kilometer ke Kampung Kuala Wau ini telah berjaya menarik minat penyertaan beberapa peserta dari negeri Selangor, Johor, Terengganu, Negeri Sembilan dan juga Melaka.

Tambah beliau, ini merupakan penganjuran kedua oleh PAPL di Chenor selepas acara berbasikal sempena menyambut Ramadan tahun lalu dan beliau berharap acara seperti ini dapat dijadikan acara tahunan disamping mempromosikan Chenor.

- Sponsor -

Ikuti kami di Telegram dan Instagram @kuantanloka untuk dapatkan informasi terkini lebih cepat!