fbpx

Cabar Keberanian Anda Di Ladang Adventura Happy Farm, Bentong

- Sponsor -

Farm, pastinya anda akan terfikir akan suasana ladang yang penuh dengan tumbuhan hijau bukan? Namun, jika anda melawati Bentong Happy Farm, pasti perspektif anda akan bertukar 360 darjah! Suasana ‘ladang’ yang berlegar-legar di dalam fikiran kita tidak dijangka dapat langsung!

Bentong Happy Farm mula diperkenalkan pada tahun 2017 dan tempat ini menyediakan pelbagai jenis aktiviti sukan lasak yang sesuai untuk para remaja dan juga dewasa.

Perlu anda ketahui bahawa Bentong Happy Farm ini merupakan sebuah tapak perkhemahan yang terletak di dalam kawasan ladang.

- Sponsor-

Antara aktiviti sukan lasak yang dapat dilakukan di sini ialah abseiling dan juga rock climbing. Selain itu juga, Bentong Happy Farm turut menyediakan permainan sukan air seperti berkayak dan river tubing.

Anda tidak perlu bimbang untuk merasai kesemua aktiviti di Bentong Happy Farm kerana ia menyediakan barisan jurulatih yang sangat peka dengan keselamatan di sini.

Bentong Happy Farm turut menyediakan chalet yang berbentuk dorm, amat sesuai jika anda ingin bercuti bersama keluarga mahupun rakan-rakan.

Selain itu juga, suasana di sini amatlah tenang dan mempunyai udara segar oleh kerana ia jauh daripada kesibukan bandar.

Apa yang menarik, harga bagi setiap aktiviti dan penginapan adalah sangat berpatutan, serendah RM60 sahaja.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mencabar diri anda dan yang lain dengan kesemua aktiviti yang terdapat di Bentong Happy Farm.

- Sponsor -
- Sponsor -