fbpx
chr

Casa Hill Resort Mungkin Pilihan Ideal Untuk Bermalam Di Sungai Lembing

Tahu tak, selepas Sungai Lembing mula dipromosikan sebagai salah satu tempat pelancongan di Pahang, kehadiran pelancong yang melawat ke sini semakin meningkat rancak. Bukan sahaja orang tempatan, malah pelancong dari luar negara sekali. Jadi amat rugilah kalau anda ke Kuantan tapi tak datang ke Sungai Lembing.

Selain melawat tempat menarik, ada banyak aktiviti yang boleh anda buat di Sungai Lembing. Itu kita akan bahas dalam artikel yang akan datang. Jadi, untuk dapatkan perkembangan terbaru dari kami setiap masa, jangan lupa untuk follow kami di Facebook dan Instagram!.

PREMIUM

Sehari sahaja tak cukup kalau nak menikmati Sungai Lembing, apa kata anda buat perancangan awal dan belanjakan lebih masa di sini. Soal bermalam itu anda jangan risau, di Sungai Lembing kini sudah terdapat banyak penginapan.

Salah satunya yang menarik adalah Casa Hill Resort. Buat anda yang mahukan penginapan lebih selesa dan lengkap dengan semua kemudahan untuk pelancong termasuk mengurus pengangkutan dari lapangan terbang, Casa Hill Resort pilihan sesuai untuk anda.

Selain dari memiliki interior yang cantik, Casa Hill Resort turut menawarkan pelbagai aktiviti pelancongan di sekitar kawasan Sungai Lembing untuk para tetamu mereka. Antaranya ialah akses ke Air Terjun Pelangi, bersiar menaiki pengangkutan lasak 4×4 dan banyak lagi.

SPONSORED

Paling menarik, sekiranya anda membuat tempahan awal di laman agoda.com, anda berpeluang mendapat diskaun hingga 17% atau RM139 semalam. Yang penting, pembatalan adalah percuma.

Casa Hill Resort
Lokasi: 189, Jalan Jeram Akar , Kampung Arang, 26200 Sungai Lembing, Pahang
Hubungi: 017-920 8899
Facebook: Casa Hill Resort

Related Posts