fbpx
stew ayam

Cara Masak Stew Ayam Resepi Original Tengku Puan Pahang

Siapa tak kenal Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah memang hebat dan dikenali cukup handal dalam memasak di dapur.

Pelbagai resepi dan sajian yang pernah dihidangkan dalam istana ini turut dikongsikan dalam sebuah buku masakan yang dihasilkan oleh baginda sendiri bertajuk ‘Air Tangan Tengku Puan Pahang’.

PREMIUM

Baik, kali ini kami ingin berkongsi salah satu resepi masakan hasil tangan Tengku Puan Pahang. Resepi asli cara masak stew ayam ini pernah dikongsikan di Facebook dan mendapat lebih dari 50 ribu perkongsian.

Kalau anda tak tahu nak masak apa hari ni, resepi ini mesti sedap kalau nak dicuba. Tambah lagi sedap bila dinikmati bersama roti bawang putih. Jom kita mula.

Stew Ayam Resepi Tengku Puan Pahang

SPONSORED

BAHAN-BAHAN

1/2 ekor ayam – potong ikut suka
2 – 3 sudu besar tepung gandum
Sedikit kicap
1sdb lada hitam – tumbuk kasar
Garam dan serbuk perasa
5 biji ubi kentang – dipotong 4
1 batang karot – potong besar
1 biji bawang besar – potong 4
1 tin button mushroom potong 2 dalam tin

BAHAN TUMIS (Dihiris nipis)

4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang

SPONSORED

CARA MEMBUAT

1. Tumis bahan penumis termasuk bawang serta halia yang dihiris nipis hingga wangi. Masukkan tepung gandum dan digoreng dengan api perlahan supaya tepung agak masak.

2. Masukkan ayam dan ubi kentang, karot, bawang besar dan dikacau rata. Masukkan sedikit air, kicap, garam, lada hitam dan serbuk perasa. Masak sehingga kentang empuk. Akhir masuk button mushroom.

3. Sesuaikan rasa dan kepekatannya. Tabur daun sup dan bawang goreng.

SPONSORED

Hidangkan.

Selamat mencuba!

via: Makcik Ratu

Related Posts