fbpx
- Sponsor -

Cantik Dan Privasi, Homestay Di Cameron Ini Mendapat Skor Setinggi 9.0

Bagi mereka yang sedang merancang percutian di Pahang, anda perlu berkunjung ke Tiny Boutique Habitat yang terletak di kampung Taman Sedia, Cameron Highlands.

Di sini, anda akan merasai apa itu makna sebenar akan jatuh cinta pada pandangan yang pertama dan mengikut perkongsian dari individu yang pernah bercuti di sana, ia mengambil masa selama berminggu-minggu untuk anda melupakan ‘cinta pertama’ anda ini.

Tiny Boutique Habitat diasaskan oleh sepasang suami isteri dan rumah persinggahan ini terletak di kawasan yang majoriti penduduknya berbangsa melayu. Tempat ini berkonsepkan English Style, sangat sesuai dengan kawasan semula jadi Cameron dan ia tampak seperti anda berada di negara Eropah!

- Sponsor-

Anda juga boleh menyewa peralatan barbeku di Tiny Boutique Habitat. Hal ini membolehkan anda mengeratkan lagi hubungan sesama sendiri oleh kerana keseronokan yang dirasai ketika mempersiapkan hidangan tersebut.

Dengan harga serendah RM269 untuk sebuah keluarga, anda akan disajikan dengan pemandangan landskap yang sangat menarik, di samping dekorasinya yang sangat kena dengan jiwa anda.

Di sini juga terdapat mini petting zoo yang sangat sesuai bagi minda kanak-kanak. Mereka dapat bermain dengan haiwan seperti arnab, ayam dan juga angsa. Manakala, bagi mereka yang minat akan tumbuh-tumbuhan, di sini juga ada menyediakan sebuah kebun mini.

Bilik yang ditawarkan juga sangat selesa dan kemas. Selain itu, sebuah bilik ini mampu menampung seramai 3-4 orang tanpa perlu merasa sesak oleh kerana ruangnya yang luas.

Apa yang menjadi tarikan di sini ialah pizza yang dibakar di dalam sebuah oven kayu dan ia menghasilkan sebuah rasa yang sangat unik, pastinya akan membuatkan anda termimpi-mimpi akan kelazatannya!

Terdapat banyak lagi perkara yang menarik di sini, yang anda perlu merasainya sendiri. Jadi apa yang ditunggu lagi? Jom kita serbu Tiny Boutique Habitat beramai-ramai.

- Sponsor -

Kongsikan tempat percutian menarik ini kepada keluarga dan yang lainnya. Untuk mengetahui lebih banyak tempat menarik yang ada di negeri Pahang, ikuti kami di Telegram dan juga Facebook Kuantanloka!

- Sponsor -

Ikuti kami di Telegram dan Instagram @kuantanloka untuk dapatkan informasi terkini lebih cepat!