e1

Cameron Highlands Kembali Meriah Selepas 3 Bulan Sunyi

Sebut sahaja Cameron Highlands, 3 perkara ini akan melintas secara automatik di fikiran saya. Tempat sejuk, strawberi dan ladang teh!

Cameron Highlands antara salah satu tempat yang menawarkan keunikan sendiri bagi pelancongan di negeri Pahang dan Malaysia. Tempat berhawa sejuk di sini akan memberikan ada feels seolah berada bukan di Malaysia.

Namun, disebabkan pademik COVID-19 yang melanda seluruh dunia, pusat tarikan pelancongan yang popular ini turut menerima nasib yang serupa. Tidak pernah dalam sejarah Cameron Highlands lengang tanpa pelancong, namun perkara tersebut berlaku pada 3 bulan lepas.

Sejak perintah PKPP dilaksanakan dan kebolehan merentas negeri diumumkan, kini Cameron Highlands kembali meriah dan menjadi antara destinasi tumpuan pelancongan domestik.

Sambutan baik Cameron Highlands sebagai tumpuan pelancongan dapat dilihat ketika sebanyak 109 hotel di kawasan ini telah menerima tempahan hanya dalam masa 7 jam selepas pengumuman printah PKPP dibuat pada 7 Jun lalu.

SPONSORED

Buat anda yang masih tidak tahu untuk bercuti di mana, antara tempat menarik di Malaysia yang memberikan pengalaman unik berbanding tempat lain adalah di Cameron Highlands. Jom tengok pengalaman minah saleh ini enjoy sakan bercuti di Cameron Higlands.

via: SHO

Total
8
Shares
Related Posts