fbpx

Bunga Rafflesia Mulai Berkembang Di Hutan Simpan Gunung Benom, Raub

- Sponsor -

Bunga terbesar di dunia iaitu pakma atau Rafflesia terdapat sebanyak 40 spesies di serata dunia. Jika di Malaysia, bunga ini mempunyai 11 jenis spesies.

Bunga Rafflesia yang pertama telah direkodkan oleh Stamford Raffles dan Dr Joseph Arnold pada 1816.

Info menarik berkaitan bunga ini ialah Pulau Tioman menjadi satu-satunya pulau yang ada Rafflesia.

Sumber: BHarian.com.my
Sumber: Facebook.com/PejabatHutanDaerahRaub
- Sponsor-

Menyebut tentang bunga terbesar ini, Rafflesia di Hutan Konservasi Bernilai Tinggi (HCVF) Lata Jarum, Hutan Simpan Gunung Benom, Raub dimaklumkan ketika ini mulai berkembang dari 10 – 16 Mac 2022.

Rafflesia hanya boleh hidup jika perumahnya iaitu sejenis anggur liar (Tetrastigma), iaitu tumbuhan menjalar di dalam hutan.

Sumber: BHarian.com.my
Sumber: BHarian.com.my

Ia berkembang enam hingga lapan hari sahaja. Sekiranya pendebungaan berjaya, bunga betina itu akan membentuk buah yang mempunyai berjuta-juta biji benih.

Biji benih tersebut kemudiannya akan disebarkan oleh haiwan dan serangga ke perumah untuk mengekalkan populasi bunga terbabit.

- Sponsor -
- Sponsor -