fbpx

Bukit Raka Di Bentong Ini Sesuai Bagi Pendaki Yang Menyukai Trek Lasak

- Sponsor -

Selain daripada Bukit Panau, salah satu trek mendaki yang menyajikan pemandangan awan karpet terdapat juga di Bukit Raka, Bentong.

Bukit Raka mempunyai ketinggian sebanyak 587 meter dari paras laut dan bagi pendaki-pendaki yang minat akan trek pendakian lasak, anda perlu cuba menerokai Bukit Raka ini.

Untuk sampai ke puncak bukit ini, ia mengambil masa selama 2 hingga ke 3 jam, bergantung kepada stamina dan keupayaan masing-masing.

sumber gambar: vimeo
sumber gambar: negeri Pahang
- Sponsor-

Menariknya, para pengunjung bakal disajikan dengan kawasan kebun getah termasuk kawasan hutan yang telah berusia jutaan tahun. Di sini juga terdapat tumbuhan liar seperti orkid, juga flora dan fauna lainnya.

Peringatan penting, pastikan anda memakai pakaian yang sesuai jika hendak melakukan pendakian di Bukit Raka oleh kerana ia mempunyai trek licin, terutamanya pada waktu pagi dan hari hujan.

Trek ini mempunyai kawasan yang tidak rata, berbatu-batu dan ada melebihi tiga laluan yang memerlukan anda menggunakan kekuatan tangan kerana di situ memerlukan kita bergantung sepenuhnya dengan tali yang telah disediakan.

sumber gambar: hiking and stuff
sumber gambar: hiking and stuff

Anda perlu datang sendiri untuk merasai pengalaman sepanjang anda hiking di sini kerana setiap individu mempunyai minat dan citarasa yang tersendiri. Setakat ini Bukit Raka mendapat respon positif daripada mereka yang berkujung.

- Sponsor -
- Sponsor -