fbpx

Bukit Kolam Di Raub Sesuai Untuk Para Pendaki Baru Raih Pengalaman

- Sponsor -

Bukit Kolam merupakan sebuah bukit yang berada di Hutan Simpan Rotan Tunggal.

Jaraknya dari pusat Bandar Raub hanya 2 km. Bukit Kolam merupakan destinasi pendakian yang paling dekat dari segi jarak perjalanan tetapi boleh jadi agak mencabar untuk dicuba.

Denai pergi dan balik sepanjang lebih kurang 4km menawarkan pengalaman yang tentu akan diingati oleh para pendaki.

Sumber: Facebook.com/PejabatHutanDaerahRaub
Sumber: Facebook.com/PejabatHutanDaerahRaub
- Sponsor-

Puncak Bukit Kolam yang berketinggian 522m dari aras laut turut menawarkan pemandangan indah Gunung Benom, sebahagian bandar Raub, awan karpet dan matahari terbit pada awal pagi kepada pengunjung.

Sebarang permohonan mendaki hendaklah melalui Pejabat Hutan Daerah Raub atau Persatuan Malim Gunung Raub (PMGR).

Sumber: Facebook.com/PejabatHutanDaerahRaub
Sumber: Facebook.com/PejabatHutanDaerahRaub

Kadar bayaran ditetapkan RM10 untuk satu orang bagi permit memasuki hutan simpan.

Khidmat malim gunung adalah tertakluk kepada PMGR dan ianya diwajibkan kepada semua pendaki.

- Sponsor -
- Sponsor -