Pada 7 September yang lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia telah pun membuat satu kenyataan secara rasmi bahawa pemakaian pelitup muka (face mask) tidak lagi diwajibkan apabila berada di bangunan indoor.
Mudah kata, sekarang ini pengguna diberi pilihan sama ada mahu pakai atau tidak. Nak pakai boleh, tak nak pakai pun tak apa.
Meskipun begitu, pemilik permis berhak untuk menentukan serta membuat peraturan kepada penggunjung untuk memakai pelitup muka atau tidak semasa berkungjung ke permis mereka.
Walaubagaimanapun, rakyat Malaysia digalakkan untuk memakai pelitup muka semasa berada di kawasan yang sesak atau ketika menaiki kenderaan awam atas asbab kesihatan.