fbpx

Black Stone Camper Park, Kuantan Lokasi Ideal Berkhemah Di Tepi Pantai

- Sponsor -

Sebut sahaja berkhemah atau perkhemahan, terus terbayang suasana dikelilingi hutan. Tak juga, ada sahaja orang memilih tempat selain di dalam hutan. Contoh yang boleh diberi ialah berkhemah di tepi pantai.

Lokasi yang dimaksudkan ialah Black Stone Camper Park. Black Stone merujuk kepada batu hitam maka tak lain tak bukan ia bertapak di Pantai Batu Hitam, Kuantan.

Mula beroperasi sejak September 2021, namun tapak perkhemahan ini telah pun menerima kedatangan kira-kira 239 pengunjung! Melihat kepada statistik tersebut memang patutlah lokasi ini mula menjadi tumpuan.

Sumber: Facebook.com/BlackStoneCamperPark
Sumber: Facebook.com/BlackStoneCamperPark
Sumber: Facebook.com/BlackStoneCamperPark
- Sponsor-

Sesiapa yang minat berkhemah dan memiliki kenderaan seperti karavan atau motorhome, bolehlah datang cuba keunikan berada di sini. Fasiliti tapak perkhemahan ini tak perlu risau, memang terjaga. Tandas, plugpoint, liputan telefon semuanya berkeadaan baik.

Pihak Black Stone Camper Park ada menyediakan sewaan bbq set mini untuk pengunjung dalam kumpulan kecil. Tak rajin nak masak? Kedai makan ada berdekatan. Nak sarapan atau makan malam boleh terus bergerak ke sana.

Sumber: Facebook.com/BlackStoneCamperPark
Sumber: Facebook.com/BlackStone CamperPark
Sumber: Facebook.com/BestOfPahang

Tak dilupakan, aktiviti tambahan turut disediakan seperti ATV Ride, kereta lipang dan berkayak. Berbaloilah luangkan masa di sini menikmati keindahan alam. Penjaga kawasan ini pun sempoi dan ramah melayan pengunjung.

- Sponsor -
- Sponsor -