fbpx
bizz

Bizzakat Hadir Sebagai Laman Web Direktori Terbesar Di Negeri Pahang

Satu lagi harta digital negeri Pahang yang berguna untuk semua. Terlebih dahulu kami ucapkan tahniah kepada Pusat Kutipan Zakat Pahang kerana berjaya menghasilkan sebuat platform direktori terbesar di negeri Pahang yang menyenaraikan semua usahawan muslim berzakat di negeri ini.

Dengan wujudnya platform sebegini, ia amat membantu pengguna mendapatkan segala macam perkhidmatan di negeri ini dengan mudah.

SPONSORED

Buat pengetahuan anda, bizzakat.my merupakan sebuah laman web direktori yang menyenaraikan semua perniagaan (dalam pelbagai kategori) di negeri Pahang. Laman web ini sebenarnya sudah lama, cuma baru-baru ini pihak Bizzakat telah melakukan update besar pada laman web mereka.

Menariknya, tampilan rekaan pada laman web yang baru ini sungguh mesra pengguna. Tab navigasi yang kemas dan paling penting sangat mobile friendly. Portal terbaru ini boleh diakses pada dekstop atau peranti pintar.

SPONSORED

Apa yang ada dalam portal bizzakat.my?

Sebagai sebuah laman web direktori, sudah tentu ia menyenaraikan pelbagai macam servis dan perkhidmatan. Anda boleh cari apa sahaja yang berdekatan dengan ada di negeri Pahang dengan mudah.

Contohnya tempat makan, pusat servis kereta, penginapan, pembekal barangan runcit, pusat penjagaan haiwan, kedai serbaneka, servis lokal termasuk usahawan asnaf. Satu tempat boleh cari semua yang anda nak di negeri Pahang. Mudah bukan?

Dalam update yang akan datang, kami dimaklumkan Bizzakat bakal memperkenalkan sistem mata ganjaran kepada pengguna di bizzakat.my yang mana mata ini boleh digunakan untuk menebus item-item menarik seperti cenderahati dan potongan harga untuk mana-mana perkhidmatan terpilih.

SPONSORED

Bagai peniaga pula, anda daftarkan perniagaan anda di bizzakat.my. Percuma. Boleh lihat rujuk di sini.

Maklumat lanjut layari www.bizzakat.my atau Facebook Bizzakat

Kami berharap akan datang lebih banyak laman web seperti ini yang dibina untuk memudahkan penduduk setempat mahupun kepada pelancong yang berada di negeri Pahang. Semoga Pahang terus maju.

Related Posts