fbpx

Manfaatkan Platform Digital Untuk Bisnes

PANDUAN ULTIMATE KUANTANLOKA

Bagaimana menggunakan platform digital untuk bisnes dengan cara yang betul dan bagus.

#sirisatu

ARTIKEL PREMIUM / SEPTEMBER 2020

Manfaatkan Platform Digital Untuk Bisnes.

Hello September! Untuk artikel premium bulan ini, kami terpanggil untuk berkongsi panduan khasnya kepada usahawan di Negeri Pahang mengenai bagaimana memanfaatkan platform digital untuk bisnes dengan cara yang betul dan bagus.

Perkongsian ini adalah berdasarkan pengalaman kami menggunakan platform digital sejak tahun 2010. Dan untuk pengetahuan anda, ini adalah cara yang kami guna untuk bangunkan KUANTANLOKA.

Dalam artikel ini kami akan berkongsi hal-hal asas untuk usahawan menggunakan platform digital termasuk platform media sosial seperti Facebook dan Instagram.

Kami suka merayap di media sosial untuk mencari konten, apa yang kami lihat kebanyakkan orang kita memang aktif berbisnes di media sosial.

Tapi masih ramai yang kurang faham sebenarnya cara betul untuk menggunakan platform media sosial untuk bisnes. Terdapat beberapa perkara asas yang nampak remeh tapi sangat penting ramai yang terlepas pandang.

PREVIEW
PREVIEW
PREVIEW
PREVIEW

Dalam artikel ini, apa yang kami kongsikan adalah perkara asas yang utama sebaik sahaja anda memilih untuk menggunakan platform digital atau media sosial untuk bisnes.

Perkara asas yang sangat penting anda perlu tahu sebelum menjual atau menghantar iklan. Dalam ini kami terangkan lebih jelas beberapa perkara.

Antaranya ialah:

  • Faham dan tahu fungsi sesebuah platform digital
  • Memilih platform yang tepat
  • Tahu tujuan kenapa memilih platform tersebut
  • Memanfaatkan sepenuhnya fungsi platform yang dipilih
  • 4 poin penting yang perlu ada
  • 3 platform digital yang top untuk pasaran Malaysia
  • Tahu target market
  • Mendapatkan audience yang tepat mengikut target market
  • Teknik mendapatkan audience yang berkualiti
  • Idea menghasilkan konten yang menarik
  • Tip menulis copywriting yang mudah dan ringkas

Kami terangkan cara bagaimana anda hendak menyusun konten berdasarkan target market anda. Dalam ini kami memfokuskan hal-hal asas dan kepentingan konten berkualiti.

Ini bukan ilmu pemasaran digital atau tip penjenamaan, tapi ia juga anda sebahagian daripada dua perkara tersebut.

Buat usahawan yang berminat berbisnes di media sosial, anda boleh membaca artikel premium ini. Dalam artikel premium versi terbaru kami dah tambah baik susunan layout artikel.

Kini lebih jelas. Artikel ini boleh dibaca secara off line dalam bentuk .pdf. Terdapat 36 muka surat semuanya. Sekiranya berminat, anda boleh dapatkan di sini.

Semoga bermanfaat.

Manfaatkan Platform Digital Untuk Bisnes.