fbpx

Bermula Di Bengkel Rumah, Hingga Kini Boleh Buka Kilang Sendiri


Rempah Puteri Ayu yang memang tidak asing lagi pada masakkan opor dan nasi dagang di serata Pantai Timur dan mungkin ada diantara anda yang terfikir siapa pemilik perusahaan ini? Kami ada kisah yang ingin dikongsikan kepada anda mengenai perniagaan yang bernaung dibawah PJ Foods Industries Sdn Bhd ini.

Norehan Mohd Nor, pengusaha produk Puteri Ayu yang terkenal dari Pahang yang telah menempah nama di serata dunia. Bermula dari sebuah kedai runcit milik arwah ayahnya yang terletak di Peramu Jaya, Pekan yang hanya bersebelahan rumah beliau.

Norehan yang sememangnya mencintai bidang perniagaan dari bangku sekolah rendah lagi telah menceburi pelbagai bidang jualan dari bazar ramadhan sehingga di suatu hari arwah ayahnya mengorbankan kedai runcit untuk dijadikan bengkel permulaan dalam penghasilan rempah.


Inspirasi dari ibunya yang sering menyediakan rempah asli untuk hidangan dengan cara tradisional giling, beliau cuba mengolah bahan tersebut untuk dijadikan dalam bentuk rempah kering yang lebih mudah digunakan.

Katanya, melihat akan industri rempah yang kurang dipelopori oleh bumiputera, Norehan memberanikan diri untuk mula mempelajari teknik penghasilan tepung dan rempah dengan olahan beliau sendiri. Pada peringkat permulaan, beliau yang hanya memulakan penghasilan rempah menggunakan teknik tradisional dengan cara kisaran.

Setiap perniagaan ada dugaan, pada permulaannya ia menerima kritikkan namun beliau tidak berputus asa dan menjadikan itu sebagai inspirasi untuk perbaiki kekurangan. Semangat tidak mudah mengalah ini telah menempatkan beliau di tahap sekarang sehingga mendapat pengiktirafan dari Mardi dan MeSTI.

Kini syarikat beliau iaitu PJ Food Industries Sdn Bhd telah melangkah dengan membuka kilang sendiri di Kuantan yang memproses rempas dari bahan mentah sehingga yang siap dibungkus.


Jika dibandingkan zaman dahulu, proses membuat rempah lebih rumit tanpa penggunaan sebarang teknologi dan hasil daripada usaha keras beliau, sehingga kini, Puteri Ayu telah mengeluarkan kira-kira 30 produk mereka.

Pada masa kini, produk Puteri Ayu telah dipasarkan di serata Pantai Timur dan kini dalam usaha untuk mengembangkan lagi pasaran domestik dan antarabangsa. Mereka yang juga telah menjadi pembekal rempah kepada beberapa syarikat terkenal yakin dengan kepakaran yang ada, Puteri Ayu berpotensi untuk pergi lebih jauh

Kongsi Artikel Ini

Benda baik kita kongsi

Sokong kuantanloka™

Sokong konten lokal. Sokong penerbitan kandungan kami dengan melanggan keahlian kuantanloka™. Dapatkan t-shirt eksklusif, stickers dan kad keahlian anda sekarang.

TERKINI

Utama
Akaun
Notifikasi
Koin