fbpx

Beritahu Nampak Ular Masuk Rumah, Taktik Terbaru Penyamun Di Kuantan


Kami terbaca satu post di group Facebook Warga Pak Mahat. Terkejut juga dengan taktik terbaru kejadian samun di Kuantan kali ini. Mana tidaknya, taktik yang digunakan si penyamun sangat tak terjangka, tambah pula dari segi penampilan yang langsung tak mungkin disyaki sebagai penjahat.

Dalam perkongsian yang dibuat oleh pengguna Facebook, Yie Chin, satu kejadian samun telah berlaku di Bandar Puteri pada 19 Mei 2021.

Seorang lelaki Melayu menaiki kereta Myvi berwarna biru berkopiah memberitahu mangsa ternampak ular memasuki rumah. Kemudian penyamun akan masuk ke dalam rumah berpura-pura mencari ular tersebut dalam masa yang sama mengambil kesempatan untuk mencuri barangan berharga sebelum pergi.


Orang Kuantan atau siapa saja bermula sekarang berhati-hatilah. orang jahat ni macam-macma idea kreatif dia ada untuk buat jahat. Zaman sekarang kena sangat berhati-hati, terutama kaum hawa.

Biarpun berkopiah, belum tentu boleh percaya. Kena peka dan sentiasa pilih langkah selamat.

Kongsi Artikel Ini

Benda baik kita kongsi

TERKINI

Utama
Akaun
Notifikasi
Koin