fbpx

Rock Mountain, Lokasi Percutian Di Raub Yang ‘Hot’ Persis Hawaii

- Sponsor -

Tujuan bercuti adalah untuk menghilangkan stress bekerja selain meluangkan masa bersama keluarga. Bergantung kepada perancangan kita, boleh bercuti dalam atau luar negara. Jika mencari lokasi dengan pemandangan yang indah, anda salah jika mengatakan dalam negara tiada tempat sebegitu.

Salah satu tempat yang dimaksudkan ialah Rock Mountain. Tempat percutian ini berada di Sungai Ruan dalam daerah Raub. Tetapi, siapa sangka tempat cantik dan menarik sebegini tersorok dalam kebun getah!

Resort ini menawarkan pelbagai kemudahan rekreasi yang baik untuk memastikan percutian anda di sini mengasyikkan. Antara kemudahan disediakan ialah denai kembara, pusat kecergasan, sauna serta kolam renang terbuka.

Sumber: Booking.com
Sumber: Booking.com
- Sponsor-

Suasana ketika baring di sini memang terasa seakan berada di pantai Hawaii. Bukan itu sahaja, persekitaran resort ini terdapat beberapa patung yang sama seperti di Disneyland.

Untung bercuti di sini dapat bergambar tanpa perlu pergi ke Disneyland. Playground juga ada untuk kanak-kanak bermain, selamat dan bersih tempatnya.

Sumber: Booking.com
Sumber: Booking.com

Harga dikenakan adalah mengikut pakej yang ditawarkan. Ada pakej khas untuk berbulan madu, pakej untuk keluarga dan pakej pelajar. Setiap pakej dipecahkan mengikut berapa hari penginapan serta tetapan aktiviti.

- Sponsor -
- Sponsor -