fbpx
- Sponsor -

Berbuka Menu Kambing Terbang Dan Solat Tarawih Atas Menara Kuantan 188

Tahun 2022 adalah tahun permulaan baru yang kembali bertenaga semula untuk Bandaraya Kuantan bagi kami. Nak tahu tak kenapa kami cakap begitu? Ok, mari duduk rapat-rapat kami nak cerita.

Selepas tamatnya zaman pendemik, kita boleh lihat di Bandaraya Kuantan kini makin banyak perkara-perkara baharu yang telah ditambahbaik untuk industri pelancongan di Kuantan. Semua ini adalah untuk kebaikan semua orang.

Tahniah dan syabas kepada semua yang menjayakannya, baik individu lokal, kerajaan atau mana-mana agensi atau komuniti. Akhirnya kita semua semakin mampu bersatu hati kearah menjadikan Negeri Pahang sebagai sebuah negeri yang sejahtera.

- Sponsor-

Satu lagi perkara menarik patut kami kongsikan kepada anda semua yang teristimewa buat pertama kali hadir di Kuantan untuk tahun ini adalah iftar di Menara ikonik Bandaraya Kuantan iaitu Menara Kuantan 188.

Mahu rasa suasana iftar dan solat tarawih berbeza dari tahun sebelumnya? Artikel ini mungkin menarik perhatian anda.

Tahun ini Menara Kuantan 188 kali buat pertama kali menawarkan pakej berbuka puasa di atas menara dan solat tarawih sekali. Semestinya ia satu pengalaman Ramadan paling unik di Kuantan tahun ini.

Juadah berbuka yang ditawarkan sangat banyak, namun tarikan utama adalah hidangan menu kambing terbang. Bagi peminat kambing anda boleh datang mencubanya. Lain-lain menu adalah seperti rojak, pasembor, spageti, kuih-muih, dan pelbagai lagi.

Untuk pakej berbuka puasa atas Menara Kuantan 188 tersedia dengan beberapa pilihan. Pertama adalah pakej berrbuka puasa di pelantar restoran (boleh akses ke semua pelantar) berharga RM138 bagi dewasa dan RM98 untuk kanak-kanak.

Pakej moreh di Pelantar dan skydeck pula berharga RM48, manakala moreh di pelantar restoran berharga RM28.

- Sponsor -

Oh ya, takzirah maghrib & insya serta solat tarawih juga di atas pelantar. Pada kami ia satunya pengalaman paling seronok. Mana tidaknya, pertama kali solat pada permandangan jauh tinggi melihat bandaraya Kuantan dari atas.

Jika anda berminat untuk menikmati pengalaman yang sama, anda boleh mambuat tempahan menerusi whatsapp ke nombor +60 10-261 9273 atau hubungi Menara Kuantan 188 di Facebook.

- Sponsor -

Disyorkan