Selalunya, konsep industrial moden di Malaysia ini amat popular diterapkan di kafe atau bangunan-bangunan komersial. Kalau anda rasa ia sudah terlalu tipikal, fikir sekali lagi. Sebabnya, nanti sebuah bengkel berkonsepkan industrial moden yang pertama di Pahang akan dibuka.
Kelak, jika dilihat sekali imbas anda mungkin fikir ia sebuah kafe atau bangunan butik pakaian. Tapi sebenarnya ia adalah sebuah bengkel lengkap dengan pusat servis, menjual alat ganti, aksesori, servis tayar, penghawa dingin dan sebagainya.
Boleh kata bengkel ini one stop center lengkap untuk kereta anda. Oh ya, di sini nanti juga terdapat sebuah kafe. Sementara tunggu kereta siap, bolehlah lepak mengopi.






Buat pengetahuan anda, bengkel lawa yang lengkap dengan semua kemudahan servis ini dimiliki 100% oleh bumiputra berlokasi di Jengka 8, Pahang dengan kerjasama kumpulan arkitek lokal Kuantan iaitu Studio Belatuk.
Sekiranya berminat dengan rekaan interior yang menarik, anda boleh ikuti perkembangan mereka di Instagram @studiobelatuk.