fbpx
featured image sizing

Benarkah Kapal Di Muzium Belanda Ini Dibuat Oleh Orang Melayu Pahang?

Tular perkongisan sebuah kapal yang dikatakan buatan orang Melayu dipamerkan di Muzium Naval Amsterdam, Belanda yang dikatakan hadiah Baginda Ratu Pattani kepada Belanda dan semasa Ratu Pattani, Pahang dan kesultanan Johor Lama bersama dengan dibantu oleh Belanda menentang pengaruh Siam.

Kapal ini dikatakan telah siap sepenuhnya pembuatannya di pelabuhan Pahang. Namun sejauh manakah kebenaran cerita ini?

PREMIUM

Kami kongsikan sedikit maklumat yang diperolehi daripada Amusing Planet, hasil dapatan mereka daripada Western Australian Museum.

GAMBAR: FACEBOOK BANI TANAH MELAYU

Kapal ini adalah dikatakan milik Dutch East India Company pada abad ke 17 dan yang ditunjukkan ini adalah sekadar replika yang dibuat oleh seorang pembina kapal iaitu Willem Vos.

Willem Vos pada awalnya memiliki syarikat yang membina kapal kayu dan poliester, tetapi dengan pemodenan, permintaan untuk kapal buatan tangan semakin menurun.

SPONSORED

Replika Batavia dibangun antara tahun 1985 dan 1995 menggunakan bahan tradisional, seperti oak dan rami, dan menggunakan alat dan kaedah pada masa pembinaan kapal asal dan kapal yang asal dikatakan telahpun tenggelam.

GAMBAR: UNKNOWN
GAMBAR: WIKIMEDIA
GAMBAR: WIKIMEDIA

Daripada pengkisahan panjang sejarah, tidak disebutkan bahawa kapal ini adalah hadiah daripada Baginda Ratu Pattani ataupun buatan orang Melayu terdahulu. Namun masih tiada cacatan tepat sejarah menunjukkan ia adalah daripada Tanah Melayu.

Mungkin sejarah disebalik kapal ini hanya tersimpan pada mereka yang menciptanya sahaja. Tapi yang pastinya, masih banyak khazanah Tanah Melayu disimpan di luar negara. Jadi hargai apa yang ada kekalkan ia supaya tidak pupus.

via: Amusing Planet

SPONSORED

Baca juga mengenai sebuah makam yang dipercayai dari zaman Kerajaan Islam Acheh yang ditemui di Chenor

Baca juga: Makam Berukiran Kerajaan Islam Acheh Ditemukan Di Chenor Dipercayai Seorang Puteri

Related Posts