fbpx

Belajar Dan Mengenali Negeri Pahang Di Galeri Personae Inderapura

- Sponsor -

Jika anda pergi ke Muzium Sultan Abu Bakar di Pekan, terdapat sebuah galeri yang bernama “Personae Inderapura”. Untuk pengetahuan anda, Personae Inderapura merujuk kepada kepelbagaian watak atau karakter masyarakat yang mendiami negeri Pahang sejak berkurun lamanya. 

Mari kita lihat beberapa fakta yang telah disediakan muzium ini. Pahang Darul Makmur atau dahulunya pernah dikenali sebagai Inderapura merupakan negeri terbesar di Semenanjung Malaysia dengan keluasan 39,900 kilometer persegi.

Negeri Pahang yang disempadani oleh 6 buah negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Perak dan Johor ini mempunyai 11 buah daerah, 76 mukim serta dihuni oleh kira-kira 1.6 juta penduduk yang terdiri daripada pelbagai latar kaum, budaya, adat resam, agama dan kepercayaan.

Sumber: Facebook.com/MuziumPahang
Sumber: Facebook.com/MuziumPahang
- Sponsor-

Kedudukan geografi Pahang yang disempadani oleh 6 buah negeri lain ini juga telah memberi kekayaan kebudayaan dan kesenian serta kepelbagaian watak kepada negeri Pahang. Keunikan geografi ini juga telah membentuk sikap dan budaya berfikir yang bersifat lebih terbuka.

Pahang begitu dikenali dengan keindahan flora dan fauna serta sumber alam semula jadi yang dimiliki. Sungai Pahang dan jaringan anak-anak sungainya merupakan nadi kehidupan kepada masyarakat di sini. Selain berfungsi sebagai sumber makanan, sungai juga menjadi laluan perhubungan yang penting.

Sumber: Facebook.com/MuziumPahang
Sumber: Facebook.com/MuziumPahang

Kewujudan masyarakat di sepanjang Sungai Pahang ini kemudiannya membawa kepada kemunculan dan perkembangan budaya yang sangat unik. Hasil kreativiti dan interaksi masyarakat dengan alam semula jadi telah melahirkan pelbagai bentuk kearifan tempatan.

Sumber: Facebook.com/MuziumPahang
Sumber: Facebook.com/MuziumPahang

Contohnya, seni pembinaan rumah kediaman dan pelbagai jenis pengangkutan air, kaedah menangkap ikan dan hidupan air, resepi masakan berasaskan sungai dan pelbagai lagi ilmu demi kelangsungan kehidupan seharian.

- Sponsor -
- Sponsor -