Rata-rata pengguna laman Facebook hari ini menyatakan pendapat mereka mengenai penutupan beberapa kedai yang sebelum ini dibuka dalam pusat beli-belah seperti Kuantan City Mall dan East Coast Mall.
Penutupan premis perniagaan di pusat beli-belah ini bukan berlaku sejak PKP dilaksanakan namun ia sudah lama berlaku di tempat lain seperti Kuantan Parade dan Berjaya Megamall. Namun ramai yang berpendapat operasi kedai-kedai ini menjadi lebih parah apabila langkah perlaksanaan PKP diambil.
Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook di kumpulan ‘Warga Kuantan 2’ menunjukkan beberapa pintu premis yang telahpun ditutup dan ada juga yang menyertakan notis penutupan.



Hal ini menjejaskan tarikkan untuk pengujung datang ke pusat beli-belah ini namun ia adalah satu lumrah dalam perniagaan yang pastinya ada pasang surut. Ada juga yang berpendapat bahawa penutupan ini adalah satu langkah yang bagus dalam mengekang penularan Coivd-19.
Ada juga yang mengatakan ura-ura bahawa sewa kedai tetap diambil sepanjang PKP dilaksanakan dan kadar sewaan juga dinaikkan.
Sektor ekonomi Malaysia kini agak terjejas memandangkan langkah pencegahan penularan menyebabkan ramai orang tidak merasa selamat untuk berada di luar.
via: Zul Bashir
MBO Cinemas dijangka akan menamatkan operasi mereka oleh kerana masalah kewangan yang dihadapi.
Baca juga: MBO Cinemas Bakal Tutup Operasi Akibat Kerugian Kesan Covid-19?