fbpx
featured image sizing

Bayaran Akan Dikenakan Kepada Pengunjung Pasir Kubur Kerana Masalah Sampah

Sebuah pusat perkelahan di Sungai Lembing iaitu Pasir Kubur baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa pihak JKKK bersama Adun Sungai Lembing akan mula mengutip bayaran untuk pengunjung yang masuk.

Penguatkuasaan ini akan bermula dari 19 September 2020 dimana caj dikenakan sekitar RM 5.00 untuk kereta dan RM 2.00 untuk motosikal. Hal ini kerana pihak tempatan melihat masalah sampah sebagai isu kerana terdapat mereka yang tidak bertanggungjawab meninggalkan bahan buangan di situ.

PREMIUM

Pasir Kubur adalah salah satu destinasi yang sering dikunjungi oleh kaki camping yang kian popular sejak kebelakangan ini. Walaupun bayaran dikutip, diharapkan mereka yang berkunjung dapat menjaga kebersihan dan pihak yang menjaga pusat perkelahan ini perlu memastikan kebersihan dan kelestarian sentiasa terjamin.

via: Komuniti Kuantan

Anda juga mungkin ingin melihat suasana perkelahan di Sungai Lembing yang memang ‘style’ ini.

SPONSORED

Baca juga: Percutian Dengan Cara ‘Camping’ Santai Yang Mesti Anda Cuba Di Pahang

Related Posts