fbpx

Barang Makin Mahal, Kedai ECO RM2 Terpaksa Naikkan Harga Bermula Bulan Depan

- Sponsor -

Siapa sahaja tak kenal Eco Shop Malaysia atau lebih popular dipanggil ‘kedai RM2’. Satu-satunya kedai yang lengkap dengan kepelbagaian barangan dari makanan hingga ke peralatan.

Semenjak kemunculan Eco Shop di Malaysia, boleh kata kedai ini telah membantu ramai rakyat mendapatkan keperluan pada harga amat mampu milik. Semuanya boleh dimilik pada harga RM2.10.

Namun begitu dalam satu pengumuman terbaru oleh Eco Shop Malaysia, bermula pada 1 Disember 2021 semua barangan yang dijual pada harga RM2.10 akan dinaikkan kepada RM2.20 bagi Semenanjung Malaysia dan RM2.40 untuk Sabah, Sarawak dan Langkawi.

- Sponsor-

Hal ini adalah disebabkan kos barangan yang semakin meningkat.

” Kepada para pelanggan yang dihargai,

Kami ingin mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan kepercayaan kepada kami. Selama ini, kami sentiasa memegang prinsip di mana kami menawarkan barangan yang berkualiti dengan harga yang paling murah. Ini telah menjadikan eco-shop dikenali dalam kalangan anda semua.

Disebabkan kos barangan semakin meningkat dan pada masa yang sama, kami perlu memegang pada prinsip utama syarikat iaitu menawarkan barangan yang berkualiti, dengan berat hati, kami telah membuat keputusan agar harga jualan kami akan berubah dari RM2.10 kepada RM2.20 (Semenanjung Malaysia) / RM2.30 kepada RM2.40 (Langkawi, Sabah & Sarawak) mulai pada 1 Disember 2021.

Di sini, kami amat mengesali ke atas pengumuman ini dan kami berharap anda akan terus memberi sokongan kepada kami. ” – Eco-Shop Malaysia.

Pada pendapat kami, kenaikan harga yang bakal bermula pada Disember ini tidaklah terlalu ketara. Hanya peningkatan RM0.10 daripda harga sedia ada, dan ia masih lagi harga mampu milik serta berpatutan untuk rakyat marhaen.

- Sponsor -

Terima kasih eco-shop Malaysia kerana atas keprihatinan anda dalam menyediakan pilihan bagus pada harga terendah untuk rakyat Malaysia selama ini.

- Sponsor -
- Sponsor -